Click here for the best hotel deals - HotelsCombined.com

Saturday, November 28, 2009

ANUGERAH YANG TAK TERNILAI

Posted by Sang Pembelajar.. 8:14 PM, under | No comments

Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan ? walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,? Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula??. Jawab titis air mata kedua tu,? Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.?

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya ....

Bacaan seterusnya sila klik link ini : http://ieyda.blogstarz.my/?View=44329

Wednesday, November 25, 2009

SMILE

Posted by Sang Pembelajar.. 3:08 PM, under | No comments

senyumlah

Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kitapun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak sedikitpun tersenyum pada kita. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri kemuliaanpun memandang kita dengan senyuman sinisnya. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menangis bersama kita atau menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita.

Jadi kenapa kita perlu menangis? Bukankah tangisan itu akan menjadikan kita semakin resah bahkan tidak akan mengubah apa-apa. Bukankah kesedihan dan rasa kecewa itu akan memadamkan sebahagiaan dari kewarasan kita hingga kita mula hilang arah tuju dan teraba-raba mencari siapa diri kita sebenarnya.

Kenapa kita tidak tersenyum? Kerana senyuman itu akan mewarnai kekelaman dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru. Bukankah mereka yang yang berjaya itu pun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu merekapun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula. Bukankah mereka yang tersenyum bahagia itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah.

Lihatlah kehidupan ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalaupun kita hidup merempat tetapi ada pula manusia yang mati hina. kalau kita serba kekurangan ada pula manusia yang langsung tak memiliki apa-apa. Kalau kita miskin harta ada manusia yang miskin jiwa hingga tidak menikmati keindahan hidup walaupun kaya raya. Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan yang baik tetapi ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan.

Saya tidak nafikan kita berhak menangis dan sayapun selalu menangis tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu. Bukankah jiwa ini ada Pemiliknya. Jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita satu kekuatan baru kerana Kekuatan itu milikNya. Ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita. Cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa.

2012

Posted by Sang Pembelajar.. 2:06 PM, under | No comments

Tuesday, November 24, 2009

Memang sakit kalau ditipu...

Posted by Sang Pembelajar.. 6:42 PM, under | No comments


Keadaan apabila kita kena tipu memang amat pahit rasanya.. apa lagi dalam keadaan kita yang amat terdesak untuk memerlukan benda yang orang lain itu tipu kita...seolah-oleh ingin saja kita menyumpah, membunuh dan menngamuk. Apa lagi orang yang menipu itu lesap entah ke mana... terlalu berat dugaan yang Tuhan berikan, sehingga tidak terangkat.. semua yang dirancang musnah begitu sahaja... apakah dunia ini semakin tidak adil, atau manusia semakin rakus memainkan peranan tabiat binatang... atau lebih dahsyat lagi.. menjadi syaitan yang gelojoh..

huh!! semua ini membuat kita semakin menjauh dari dunia...

Ku lari ke hutan
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai
Kemudian teriakku

Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

Monday, November 23, 2009

Motivasi- ubah diri bina peribadi

Posted by Sang Pembelajar.. 3:23 PM, under | No comments

Hidup Tak Semestinya Susah Bila Ada Motivasi

Fikiran kita mengawal hidup kita. Apa saja yang kita fikir, itu yang akan mengawal segala tindakan, keputusan dan emosi kita.

Bila kita fikir hidup ini tak semestinya mudah atau dalam erti kata lain, susah, maka susahlah jadinya. Semua benda, perkara dan situasi kita fikir susah, maka minda separa sedara akan menarik perkara-perkara yang membuatkan apa saya yang Anda buat jadi susah.

Tetapi, bila kita fikir hidup ini senang, ada cara senang nak senang dan perlu dinikmati, semuanya akan jadi senang, sekarang, esok, lusa bahkan sampai bila-bila. Bila kita set minda macam tu, semuanya akan jadi lancar. Semangat pun naik!

Sebab, minda separa sedar menarik semua perkara yang membuat apa saja yang Anda buat menjadi senang. Saya nak beritahu Anda satu rahsia… tak semua orang menyedari hal ini di mana sebenarnya mereka boleh membuat semua perkara menjadi senang. Tak semua orang mahu belajar mengenainya.

Minda kita mengikut apa saja yang kita imaginasikan dan yang kita emosikan. Andai kita kata susah, maka terbayang di minda sesuatu yang susah. Lantas, emosi kita pun bertukar menjadi susah, payah dan berat. Secara automatik, minda terus menarik perkara-perkara yang susah.

Bak kata Anthony Robbins, “its all in your mind”. Jangan anggap semuanya susah, tapi anggaplah ia sebagai cabaran.

Mesti ada cara untuk menjadikan hidup ini menjadi lebih senang dan mesti ada cara untuk kita menikmati kesenangan itu bersama kawan-kawan, keluarga bahkan sesiapa saja.

Ingat, kita adalah yang kita fikirkan.

Hemmm... :-)

Posted by Sang Pembelajar.. 1:53 PM, under | No comments

fuhhhh!!!!.. hari ini mula lagi bertugas mengawas EXAM SPM... penat rasanya selepas berkuliah hujung minggu.. nasiblah hari ini setengah hari saja, kalau tak..memang " memaancinglah" (tidur ketika duduk kepala terangguk-angguk) jadinya. balik dari bertugas, aku terus masak, hemm menu sendiri lagi sedap..hehe. apa pun hidup saya hari ini agak baik walaupun ada satu masalah yang aku tengah fikir dah berbulan-bulan tak selesai.. hemm... geram aku dibuatnya. entah apa-apa lah dunia ni..mcm2 jenis orang..mcm2 karenah... sakit jiwa kita dibuatnya, nasiblah aku ni "tahan tukul", kalau tak.. memang "takanan" ... petang ni nak pi kampung kejap, main bola dgn kawan2 sekampung..dah lama tak main bola kat kampung ni, mesti seronok...

Friday, November 20, 2009

Dia Lebih Memahami Ku

Posted by Sang Pembelajar.. 6:12 PM, under | No comments


Kata orang, setiap hari dalam hidup kita pasti dipenuhi oleh macam-macam hal yang tak diduga. Apa pun keadaan itu aku akan selalu bersedia mengharunginya.Aku amat bersyukur kerana dalam keadaan ku yang begini sepanjang minggu ini.. ada seseorang yang amat memahami ku dan selalu mengharapkan aku agar lebih kuat dan bersemangat... dialah satu-satunya teman hidupku yang selalu mengambil berat tentang diriku. walaupun berjauhan, namun ia tidak menjadi alasan dan rintangan untuk menitipkan kejujuran hatinya yang selalu memikirkan keadaan ku dan keberadaan ku... sungguh bertuah sekali diriku mengenalinya dan memilikinya.. dia lebih memahami.. selalu membuat ku senyum walaupun dalam hiba atau dalam keperitan sekali pun... aku sesungguhnya berterima kasih atas segala yang dia lakukan... buat dia.." aku amat mencintai mu"...selamanya...

kodutz09

Thursday, November 19, 2009

This Is Life

Posted by Sang Pembelajar.. 5:38 AM, under | No comments

Dah lama aku tak menulis dengan sungguh-sungguh. Sejak kebelakangan ni, aku terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan dan kerja yang terpaksa disiapkan. Sampaikan, kadangkala aku tidak mempunyai masa untuk diri aku sendiri. Walaupun sememangnya aku sendiri yang memilih untuk melakukan semua ini. Namun saban hari berlalu, seperti tiada hasil yang jelas yang aku dapat lihat. Kali ini biarlah aku berkata-kata berkenaan dengan kehidupan ini.


Hidup ini memang kadang-kadang menyusahkan,memeningkan dan memenatkan.. Tertapi..kadang-kadang juga kita rasakan seperti mahu hidup untuk 1000 tahun lagi. Kegembiraan,kesenangan dan keharmonian jarang bertandang di dalam kehidupan ini. Jadi apabila ia datang,hargailah ia sebaik yang mungkin.Kerana anda mungkin akan Merasakan kekesalan apabila ia pergi dengan bergitu sahaja.tanpa dihargai..

Hidup ini memang banyak liku-likunya,banyak juga persimpangannya,banyak juga perhentiannya dan tidak kurang juga dengan cabaran-cabarannya,yang sedang menunggu kita untuk kita merempuhinya, melintasinya dan mengharunginya dengan pelbagai cara, gaya, kerenah, rintisan dan juga rungutan.walau apa jua keadaan, hadapilah ia dengan seyuman.semua yang terjadi,biar terjadi.hadapi ia dengan ketengan di jiwa dan pastikan Semua akan menjadi baik-baik sahaja..

Sekarang baru aku faham.kenapa aku teruskan perjalanan ini.Bagi aku, perjalanan aku ini masih belum sampai ke penamatnya,masih belum sampai ke kemuncaknya,masih belum sampai ke destinasinya, masih belum ke pengahkirannya. kenapa harus aku hentikan perjalanan ini,sedangkan aku masih lagi di pertengahan perjalanan ini…aku sendiri pun masih tidak tahu akan apa yang sedang menanti aku di penghujungnya.adakah ia sesuatu yang akan membuat aku gembira?..ataupun sebaliknya..jawapan itu terletak di tangan aku sendiri.kenapa aku harus teruskan perjalanan ini?.hati terletak disebelah kiri ini,tetapi kata hati selalunya betul.mungkin hari ini hari kita bernasib malang.tetapi pastikan hari esok adalah hari yang paling bertuah.kerana kita yang melaluinya,kita adalah perancang perjalanan kehidupan kita ini,bukanya orang lain,teruskanlah perjalanan anda,mungkin ramai yang akan membantah.hanya kita yang tahu penghujungnya.kerana kita adalah kita…

Kawan adalah separuh daripada hidup ini.kawan juga adalah peneman di dalam kehidupan kita seharian.adakah kawan yang kita hormati juga menghormati kita?. adakah kawan yang kita anggap baik pada kita akan berbuat baik kepada kita?.adakah kita ini adalah kawan yang terbaik bagi untuk seorang bernama kawan?.

Kenalilah erti persahabatan.jadilah seorang sahabat yang sepmurna di sisi seorang kawan. Tidak semua kawan yang kita kenal akan menjadi seorang sahabat. kerana seorang kawan yang bernama sahabat itu sukar untuk dicari .tidak keterlaluan untuk aku katakan sahabat ini adalah manusia 1000 dalam 1..kenalilah apa itu kawan dan apa itu sahabat.. Mungkin anda akan perlukannya suatu masa nanti dan anda akan mengerti apa yang aku maksudkan ini.. Kehidupan yang baik dan tenang adalah impian kepada semua manusia di muka bumi ini..kehidupan yang sempurna,tenang,aman,damai,bahagia dan nyaman tanpa anasir-anasir luar…alangkah indahnya jika kita berada di situasi itu..mungkin kita boleh merasai semua itu..dengan usaha yang gigih dan tanpa mengenali apa itu erti berputus asa..ingatlah apa jua yang berlaku adalah suratanNya.kita hanya mampu untuk merancang pada hari esok. Tertapi Dia yang menentukan semuanya..walaupun begitu..jangan sesekali berserah hidup pada takdir dan nasib..ikhtiar dan usahalah untuk menjadi lebih baik..dan yang terbaik…

Kodutz09

Wednesday, November 18, 2009

Apa pun yang terjadi berjalanlah tanpa henti ..

Posted by Sang Pembelajar.. 6:43 PM, under | No comments



Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata yang tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kitakan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku ..


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti ..

Tuesday, November 17, 2009

Muzicons — Music Widgets for Blogs, MySpace, LiveJournal, and More

Posted by Sang Pembelajar.. 5:33 PM, under | No comments

Harga Sebuah Pengorbanan

Posted by Sang Pembelajar.. 3:43 PM, under | No comments



Video yang mungkin menyayat hati kita namun semua ini memberikan pengajaran kepada kita yang masih hidup. adakalanya kita terpaksa berkorban untuk orang lain, sedangkan kita menerima natijahnya..rasanya tidak adil, namun inilah kehidupan. Watch this Video. my friend send me this link to me today...thanks for this A Worth of Sacrifice video.

Bakat Dan Kehidupan

Posted by Sang Pembelajar.. 3:06 PM, under | No comments


Kehidupan akan memiliki makna kalau dijalani oleh seseorang yang memahani bakat yang dibawanya sejak lahir .Setiap orang dapat memberikan makna kepada kehidupannya apabila bakat yang dibawanya sejak lahir dikembangkan sehingga bermanfaat bagi kehidupan umat manusia.Memahami bakat diri sendiri dan mengembangkannya sehingga dapat dimanfaatkan dan bermakna bagi kehidupan umat manusia bukanlah suatu hal yang mudah.huh!
Dengan membiasakan diri hidup atas dasar memelihara kedamaian ke dalam diri dan di luar diri, melakukan amal perbuatan baik dan sentiasa berkarya untuk melengkapi masalah kehidupan akan dapat membantu mencapai ketenangan dalam hidup kita. Orang yang telah mencapai ketenangan dalam hidupnya akan mudah menemukan bakat yang dimilikinya dan mengembangkan bakat yang dimilikinya untuk memberikan erti bagi kehidupan dirinya dan umat manusia yang lain. ba..kita fikir-fikir lai ni.. :-)

Tugas Seterusnya Bermula Esok

Posted by Sang Pembelajar.. 1:16 PM, under | No comments

Esok, 18 november bermula lagi tugas aku sebagai pegawas SPM, hemm.. lama tu, hingga 16 disember. 1 bulan ooo... nampaknya, batal lagi la rancangan aku untuk buat vacation ni. tak berapa sihat lagi ni, mcm tak selesa pula datang bertugas esok. hemm ni la ba..
harap-harap esok akan kurang rasa tak OK ni.. apa pun tugas tetap tugas, kena datang juga la ni.

KEHIDUPAN

Posted by Sang Pembelajar.. 7:43 AM, under | No comments

Monday, November 16, 2009

Inikah Impak Pemanasan global?

Posted by Sang Pembelajar.. 6:56 PM, under | No comments

Dah masuk 3 hari dah aku batuk dan selsema ni, ubat yg aku ambi pun dah nak habis.. duii, mcm mana ni.. mcm tak larat pula aku. Rasa mcm malas dengan keadaan kesihatan yang tak menentu ni. Kawan-kawan aku pun ramai juga batuk-batuk ni. hehhe.. terjangkit kot :-). hemm.. ada kawan kata ni mungkin impak pemanasan global. so, keadaan kesihatan manusia pun tak menentu..maklumlah atmosfera dah berbeza... hemm.



Semalam aku makan ubat mcm ni.. bikin mengantuk o, tapi rasa lega la sikit, cuma sakit tekak ni yang tak berapa ok.. nak kena tambah dos lagi kot..heheh.. apa pun i harap sangat batuk-selsema aku ni sembuh cepat. rimas la... hemmm..

1MALAYSIA

Posted by Sang Pembelajar.. 6:35 PM, under | No comments


KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -- Malaysians should discard their 'ethnic silo' mentality, said Datuk Seri Najib Tun Razak.The Prime Minister said Malaysians must "stand together, think and act as one people under the '1Malaysia concept'."


"Lets break away from operating in the ethnic prism as we have done over so many years. This is also the meaning of the '1Malaysia' concept.


"We must respect each other, go beyond tolerance and build trust among each other and build trust between various ethnic groups," he told a press conference here, Wednesday.

NOT FEEL WELL

Posted by Sang Pembelajar.. 11:42 AM, under | No comments

hari ni rasa macm kurang sihat.. batuk-batuk dan selsema, mungkin perubahan cuaca kot. biasalah orang bilang global warming.. hemm, malas juga mo mkn ubat tapi mcm mana mau lega kan? hentam saja la..apa pun sakit atau tidak, life must go on.. lain la kalu dah mati :-).

MUSIC IS MY LIFE

Posted by Sang Pembelajar.. 9:48 AM, under | No comments



You can also view my video on http://www.youtube.com/adly74

Bagi sya, music merupakan satu element yang sangat berkesan untuk menggambarkan perasaan kita dan jiwa kita yang sebenar.. penghayatan terhadap music merupakan satu aspirasi yang jelas memberikan kepada kita inspirasi dalam kehidupan ini. Kta orang, bila kita terlalu dekat dan menjiwai music, maka proses penuaan pun lambat.. betul ka? lu pikir la sendiri..hehehe

Apa pun, just enjoy your music genre favorite...

FILEM 2012 -SO NICE

Posted by Sang Pembelajar.. 7:58 AM, under | No comments



Filem 2012 yang ditayangkan di seluruh pawagam serata dunia merupakan film yang sangat baik bagi saya. bukan saja aksi dan stuntnya yang menarik dan mendebarkan tetapi filem ini juga menyedarkan kita betapa kita manusia tidak mampu lari dari kekuasaan tuhan. filem ini juga mampu mengajar kita bahawa bumi juga mampu bertindak balas di atas kejahilan manusia. bagi mereka yang percayakan agama, tentu mereka percaya bahawa KIAMAT itu benar2 wujud.. dan filem ini merupakan satu gambaran kepada kita akan suatu kejadian ngeri yang akan terjadi ketika " end of the world".. apa pun, sama-samalah kita rnungkan kehidupan ini... saya kira persediaan untuk menghadapi hari penamatan itu amat penting dan kita juga perlu memikirkan hal-hal akan kehidupan kini dan kehidupan selepas mati.. Apa pun, percayalah kepada apa yang kamu percayakan.. Hidup ini memang seronok untuk dijalani..namun jangan terlalu leka sehingga melupakan dunia... (ko fikir la tu kodut :-))

hemm.. tak apa la...

Posted by Sang Pembelajar.. 7:40 AM, under | 1 comment

hemm.. yesterday, i kena lagi oleh kawan2 ni, saya dah buat yang terbaik untuk bantu dorang tapi dorang tak ingat semua pa yang sa buat. malah sa ditingalkan sebagai ahli kumpulan mereka.. dorang tak boleh fikir ka? kalau bukan aku mungkin dorang tak akan dapat buat kerja tu. bukan saya nak kata saya ni hebat sangat, tapi yang buat tu selama ni siapa, yang tak cukup tidur untuk buat semua tu siapa.. ? lepas tu senang-senang saja sabotaj saya.. what kind of friend o like that? hemm... tak apa la... pasal markah tu, saya x kisah sangat tapi ini pasal setia kawan ba... saya hormat dorang selama ni, tappi saya pula dipinggirkan... dunia-dunia...

Friday, November 13, 2009

Busy ja sya...

Posted by Sang Pembelajar.. 11:48 PM, under | No comments


hemmm..bila la mo rehat ni.busy ja. enda abis2 ni assignment..kawan2 ku pun enda mo bantu sikit pun..aku juga di harap..hemm.. pa bole buat la, sudah nasib kali. yang penting aku buat dan siap.. tapi paning juga kpala ni.. kdng ni, tidur nda cukup.. mo berjug-jug suda kopi sa minum o..hehe.. tia pa la.. ni la ba hidup..biasa ba juga..
orite nopo. yg penting bisni.. :-)

Beginilah kehidupan...

Posted by Sang Pembelajar.. 6:44 PM, under | No comments

kadang-kadang hidup ni, malas juga mo cakap ba..tapi bila kita renung sejenak..emmm..banyak yang kita perlu pelajari dalam menghadapi hari2 mendatang kita. ada saja yang mengejutkan kita berlaku tanpa diduga.. kadang2 tu, kita membuat kesilapan tanpa kita sedari.. hemm, org lain ja la yang mungkin nampak kesilapan kita..dan mereka lah yg kadang2 menegur kita..(kalau boleh, tegurlah dengan positif)..hemm, apa pun begini la bah kita ni, palan2 kita hidup bilang kawan sa.. :-)

Favorite Motivation

Followers

KO PULA NI :-)

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Featured Page