Click here for the best hotel deals - HotelsCombined.com

Saturday, May 7, 2011

Aku dan Hidupku...

Posted by Sang Pembelajar.. 9:46 AM, under | No comments


THIS IS WHAT I BELIEVE

~Human just only can plan but God decided it~

Orang selalu datang ke dalam hidup anda untuk sebuah ALASAN, MUSIM dan SEMUMUR HIDUP. Apabila anda merasai yang ianya wujud, anda tahu bagaimana seperti apa ianya harus berlaku.

ketika seseorang…..dalam hidup anda untuk sebuah ALASAN, biasanya ia untuk memenuhi keperluan anda dan telah dinyatakan secara lahiriah atau batiniah. Mereka datang untuk membantu anda melalui kesulitan, untuk menyediakan anda dengan bimbingan dan sokongan, untuk membantu anda secara fizikal, emosional, atau bahkan spiritual. Mereka mungkin kelihatan seperti berkat kepada anda. Mereka berada di sana untuk alasan anda memerlukan mereka untuk menjadi seseorang. Kemudian, tanpa kesalahan di pihak anda atau pada saat yang kurang tepat, orang ini akan mengatakan atau melakukan sesuatu untuk membawa hubungan berakhir di penghujungnya. Kadang-kadang mereka pergi dahulu menemui Tuhan sebelum kita. Kadang-kadang mereka pergi begitu saja tanpa apa-apa alasan. kadang tindakan mereka dan memaksa anda untuk mengambil sikap yang drastik dan bertindak secara emosional kerana tidak puas hati…

Apa yang kita harus sedari bahawa keperluan kita telah dipenuhi, keinginan kita di penuhi, kerja mereka..telah selesai. Doa yang kita hantar sudah dijawab. Dan sekarang saatnya untuk meneruskan segalanya mengikut cara kita atas kehendak Tuhan…

Ketika Orang-orang datang ke dalam hidup kita untuk MUSIM (Bermusim).. ini kerana giliran anda telah datang untuk berkongsi, tumbuh, atau belajar. Mereka mungkin membawakan anda pengalaman keamanan, atau membuat anda tertawa. Mereka mungkin mengajarkan sesuatu yang belum pernah dilakukan. Mereka biasanya memberi anda jumlah kegembiraan yang luar biasa. Percaya! Hal ini nyata! Tapi, hanya untuk satu musim. Dan seperti musim luruh berubah menjadi musim panas dan musim panas akan berpenghujung sehingga musim akhirnya berakhir..

hubungan SEWAKTU HIDUP mengajar anda pelajaran seumur hidup :
hal-hal anda perlu membina rangka untuk memiliki dasar emosional yang TEGUH.
Tugas anda adalah untuk menerima pelajaran, cinta manusia, dan menempatkan apa yang telah anda pelajari untuk digunakan dalam semua hubungan lain dan sekitaran hidup anda. Dikatakan bahawa cinta itu buta tetapi persahabatan adalah untuk selamanya. Terima kasih dan minta maaf kerana anda telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kehidupan saya.

Saya benar-benar percaya ini menjadi benar.

Hidup adalah perjalanan dengan pelajaran yang dipelajari dari semua yang kita hadapi.

Kita hanya perlu mendengar dengan mata terbuka dan hati.

Ada tujuan, alasan dan makna dari segala sesuatu dan semua orang.

~Kodut2011© ~

Favorite Motivation

Followers

KO PULA NI :-)

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Featured Page