Click here for the best hotel deals - HotelsCombined.com

Tuesday, February 23, 2010

UBI KAYU REBUS BACK AGAIN

Posted by Sang Pembelajar.. 11:00 AM, under | No comments


Dah lama saya tak makan Ubi kayu, seingat saya kali terakhir aku makan ubi kayu rebus adalah ketika aku berada di Sekolah Menengah.. bukan tak ada tempat nak cari benda tu tapi entah mungkin dah tiada peluang dan kesempatan nak makan..maklumlah sekarang ni mcm2 makanan ada yang lebih komersal..hemmm...

Kemarin aku mendapati seorang anak murid ku membawa bekal ubi kayu rebus ke sekolah, dia memasukkan ubi kayu rebs tu dalam kontena. hemm..dia selamba je letak atas meja time rehat tu. aku tersenyum seketika.. dan dia selamba makan depan saya yang belum keluar kelas..heheh... lepas tu saya teringat kenangan lalu yang aku juga pernah berbekalkan ubi kau rebus ketika sekolah rendah..huhu... lalu kau mendekati pelajar ku itu dan dengan tidak malunya aku minta izin untuk merasa ubi kayu rebusnya.. pelajar itu tersenyum dan mempelawa aku untuk mengambil seketul.. wahhh... sedap ooo... dia taru gula lagi tu.. hehe.. sambil kami makan, sambil kami bercerita tentang keluarganya.. dan hemm..tak payah la aku ceritakan hal peribadi orang kat sini...memang sedih la..tapi apa boleh buat... aku beri cadangan kepada dia.. dua kali seminggu dia bawakan ubi kayu rebus untuk aku dan aku akan bayar ubi rebusnya tu.. dapat juga dia wang sedikit unutk beli apa yang patut...

hemm.. apa pun, sebagai seorang pelajar apa lagi kalau datang dari keluarga yang susah.. kita perlu berusaha lebih tanpa putus asa untuk mengubah keadaan diri dan keluarga di masa depan. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian... kalau ada semangat dan usaha yang jujur pasti berjaya..

saya selalu menasihati pelajar ku dengan cara ini..kerana kau mahu mereka menjadi org yang berguna di masa depan.. dan mampu mengubah hidup mereka..

semoga Tuhan memberkati semua anak-anak murid ku...

Favorite Motivation

Followers

KO PULA NI :-)

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Featured Page