Click here for the best hotel deals - HotelsCombined.com

Saturday, December 18, 2010

Tahun Baru, Azam Baru...

Posted by Sang Pembelajar.. 11:32 AM, under | No comments


Tahun Baru,Azam pun baru..hampir setahun sudah berlalu dan kini menghampiri pengakhiran tahun 2010.. apa pun dalam tahun ni terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup ku, susah,senang,suka,duka,hiba,gembira,kontraversi dan hal-hal yang menyedihkan semuanya berbaur dalam hari-hari hidup ku di tahun 2010 ini..terlalu banyak rasanya kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan..terlalu banyak benda yang tidak patut berlaku tapi berlaku..hemmm.. ni la kehidupan kan?

nah biasanya kalau orang, di penghujung tahun inilah masanya untuk SET semula kehidupan bagi tahun mendatang.. kebanyakan dari kita mahu yang baik-baik saja.. mahu mengubah sesuatu yang tidak sempurna jadi sempurna.. sikap dan tabiat juga diubah.. kebanyakannya ingin menjadi baik, lebih baik dari sebelumnya... contohnya, ingin menderma kepada yang memerlukan, berkhidmat kepada pelayanan Tuhan dan banyak lagi benda baik yang lain diinginkan...

Apa pun perubahan itu ... diharapkan semuanya berjalan lancar dan sempurna..Tuhan maha mengetahui apa yang berlaku dalam hidup kita, kerana DIA sudah merencanakan kehidupan kita..DIA sudah mengatur sebelum kita merancang... jadi kalau ada apa-apa yang diimpikan itu dan tidak tercapai..maka haruslah pasrah dan bersyukur kepada DIA...kerana itu sebenarnya kehendak DIA.. jangan melawan ketentuan Tuhan... apa yang terjadi jadikan pengajaran.. yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan pengajaran bilang tu.. :-)

Nah.. untuk tahun depan ..azam yg saya angankan mungkin agak berlainan dari tahun-tahun lepas ..maklumlah umur pun sudah meningkat (ehemmmm...Baguslah kalu dah sedar diri tu.. :-)..) apa pun semuanya tertakluk kepada rencana DIA yang maha kuasa,,saya serahkan semuanya..Hidup ini tidak ditentukan oleh kita..kita mampu merancang tapi Tuhan menentukan...

Di Tahun depan.. senarai-senarai ini mungkin boleh jadi pilihan ku untuk dijadikan AZAM baru untuk hidup yang lebih baik..

Misalnya:


Meningkatkan kesihatan:
menurunkan berat badan, sukan, makan yang lebih baik, minum alkohol kurang, berhenti merokok

Meningkatkan kewangan:
keluar dari hutang, menjimatkan wang dan rajin berusaha

Meningkatkan kerjaya:
mendapatkan bisnes yang lebih baik dan bekerja dengan rajin


Meningkatkan pendidikan:

meningkatkan nilai, mendapatkan pendidikan yang lebih baik, belajar sesuatu yang baru (seperti bahasa asing atau muzik)

Meningkatkan diri:
menjadi lebih teratur, mengurangkan stress, kurang pemarah, menetapkan masa, lebih mandiri dan meninggalkan hal-hal kontraversi terutama melibatkan perasaan dan hati atau hubungan serius dengan orang lain sehingga boleh membuatkan hidup tidak ketentuan.

Atau boleh juga menjadi Relawan untuk membantu orang lain yang lebih susah dari diri sendiri...


hemm..harap-harap semua yang diazamkan tahun depan akan membuahkan hasil yang positif , apa pun saya berterima kasih kepada Tuhan sebabp Masih memberikan kesempatan bagi saya untuk terus Hidup Tahun ini (tak sangka boleh hidup sepanjang usia ini)tak tahu lah apa nasib tahun depan... THANKS GOD...

Akhir sekali.. saya mengucapakan kepada anda semua..selamat tahun beru 2011..semoga suksess semuanya... Tuhan memberkati.. Amin...

Fred

Thursday, December 2, 2010

Cuti Lagi...

Posted by Sang Pembelajar.. 8:00 PM, under | No comments


Exam dah lepas..assignment dah settle... sekolah cuti... jaga SPM continue next week.. hemmm cuti lagi.. rasanya nak bersantai mencari ilham kehidupan dan mengembalikan aura2 yang bertempiaran entah ke mana..huhu..

Mau bersantai di mana ya? adeii.. bler.. x tau gi mana.. plan hujung tahun ni nak gi Manila..tapi over budget pula adeii.. x jadi. tia pa la..santai dlm negeri ja la.. rasanya nak pi bawa diri berkhemah dlm hutan kot.. :-) ..ok ke? hemm... nak cuba style ala commando pula.. nak test scouting punya skill...

hemm.. cuti..cuti... nak jamming pun x cukup korum...fuhh!!! tia pa la... mlm ni nak mimpi dulu esok nak buat pa.. harap2 dapat mimpi yg bagus banget.. :-).

well..apa sa cakap ni? adeii.. ok la... to be continue...

Wednesday, December 1, 2010

Pengajaran....

Posted by Sang Pembelajar.. 9:38 PM, under | No comments



Saya selalu mengingat pepatah berikut: "Tugas hari ini selesaikan hari ini juga. Besok masih ada tugas baru yang harus dikerjakan."

Memang, dalam kehidupan ini, jika kita mampu melaksanakan pekerjaan secara cepat dan tepat tanpa penundaan, seringkali... merupakan pembuka peluang menuju kesuksesan!

Sekali lagi, jangan tunda pekerjaan yang dapat kita selesaikan hari ini!

Tuesday, November 30, 2010

Aku...Pengawas Exam

Posted by Sang Pembelajar.. 3:34 PM, under | No comments


Fuhhh.. Penat rasanya.. everyday mengawas exam SPM ni.. dah la banyak keja blum siap..hehe.. tapi tak pa.. berkhidmat untuk negara.. adeii sandi.. tapi yang bezanya mengawas kali ini, calon2 nya semua ex-student dan makcik2 dan pakcik2..hehe.. biasalah calon persendirian.. rilex juga la..tapi penat berdiri..coz x boleh duduk lama.. maklumlah peraturan tugas pengawas.. hemm esok tugas bersambung lagi... carry on fred...

Busy!!! huhu...

Posted by Sang Pembelajar.. 12:02 AM, under | 1 comment

Ni kali la Busy Konon Sampai Beterabuh ni kertas.. hayaa..tulungg!!! hehe



Ni time..otak pun beserabut o hehe.. tapi last2 siap juga keja sa..walaupun tension gila dibuatnya... Rajin Usaha..Kerja dapat siap!! adeii..sandi tu cogan kata.. :-)

Monday, November 29, 2010

Dah lama tak main gitar..

Posted by Sang Pembelajar.. 7:51 PM, under | No comments


huh!! november and early disember ni..busy memanjang.. langsung no time nak copy lagu.. adeii sandi. rindu pula nak main gutar.. memekak kat dlm bilik huhu.. feeling habis.. apa2 pun habis ja time busy ni..nak aktif balik la..kawan2 nak ajak dah pi jamming..wow..rindu jamming.. dua bulan lepas sempat lagi main tempat org kawen..hehe.. ok juga la.. enjoy..

to my guitar..sorry k..dah lama x dating ma ko..hehe...

fred

Jauh di sudut hati..

Posted by Sang Pembelajar.. 5:13 PM, under | No comments

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku

I LOVE THIS SONG MUCH...

Sunday, November 28, 2010

hi bro..

Posted by Sang Pembelajar.. 10:33 AM, under | No comments







hi bro nice design.. thanks for inviting me to write someting on ur blog.. also thanks to give me permission to use ur blogger account to creat the divinelife.fm blog.. so apa crita ni ni bro.. ? mcm lover consultant ja hehe..

Okey.. i wanna write something soon on this blog bro... but ko kena edit la skit2.. sis x pandai berkata2 ni ahah..

ok bro see u then..

sharing quote: "If you fill your heart with regrets of yesterday and the worries of tomorrow, you have no today to be thankful for"

CAYO-CAYO...

JANE

Atas Nama Cinta

Posted by Sang Pembelajar.. 7:34 AM, under | No comments



Org kata cinta itu buta...org kata cinta itu indah..orng kata cinta itu menyakitkan.. macam2 lah org kata hal cinta ni... tapi bagi aku..aku kata..cinta itu sering kali berubah... ia tidak pernah tetap.. kita ni nama pun manusia..kdng2 apa yg kita cakap tidak semestinya kita mampu capai..kdng2 hari ni kita cakap I love You kat BF or GF kita.. entah2 tahun depan semua tu dah hancur oleh kita sendiri... kdng2 kita bencikan seseorang yg pernah merosakkan hati kita..tapi suatu masa tiba2 dia menjadi yg terbaik untuk kita ..fuhhh.. ni la dikatakan cinta itu x menentu... mungkin destiny la katakan.. kita hanya merancang Tuhan menentukan.. klu cinta itu tidak disetai keikhlasan dan berkat Tuhan..pasti hancur juga akhirnya..

Apa pun.. dunia memang penuh dengan cinta dan noda.. so, pandai2 lah kita bawa diri mengharungi cinta yg kita ada.. jagailah sebaiknya cinta itu..jangan sampai kata2 menghukum diri sendiri... kalau kita mahu menyinta..mencintailah berpada-pada.. kalau kita membenci.. jangan pernah menyimpan dendam...

fuh!!! apa aku cakap ni melalut da..emmm..dah la... tak habis2 dgn feeling..hehe..ok la kawan2 nanti sambung k... happy sunday.. gbu all


Aku Lelaki Biasa...

Saturday, November 27, 2010

I am Back..

Posted by Sang Pembelajar.. 4:00 PM, under | No comments


Sudah agak lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini.. maklumlah terlalu sibuk rasanya sepanjang tahun ini. hemm..apa pun saya akan terus mengaktifkan blog ini sebabp inilah blog rasmi diri saya yang sebenar.

Hari ni.. agak tenang selepas menempuhi exam kelmarin..fuhhh..tension gila rasanya.. tapi dah lega sedikit ni.. Haya.. Ada satu lagi tugasan yg perlu aku hantar..tapi saya yakin saya boleh siapkan dalam masa yang terdekat ni..

hemmm.. nak kongsi apa ya hari ini? rasanya idea semakin berkurang ni hehe...

ok la..hari ni saya nak kongsi kata-kata yang diemailkan oleh Pak Andrie Kat saya tempoh hari.. harap2 kamu faham ya..coz bahasanya Indon gitu.. :-)


"Sering energi kita habis terbuang percuma karena mencemaskan apa-apa yang belum terjadi. Kalau ketakutan, kebimbangan, dan kecemasan yang mendominasi kehidupan kita, mana mungkin kita sukses!? Buang semua miskin mental itu! Hanya dengan optimis, keberanian, dan keyakinan, "Sukses besar" baru bisa tercipta!"

naaa.. tu la kata2 nya.. bisa paham ngak? hehe..
sure mesti korang faham ni.. rasanya tidak perlu saya terangkan kata-kata itu kearana ianya sudah jelas untuk kita fahami.. apap pun all the best kawan2.. hidup ni perlu perjuangan..cayo-cayo.. mmmmmmmmmmmuah!!

Thursday, March 4, 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Posted by Sang Pembelajar.. 3:40 PM, under | No comments

Hidup berani untuk gagal? Berapa ramaikah yang nak? Saya yakin, semua tidak mahu kegagalan. Dalam hidup, semua orang nak kejayaan, kesenangan dan kemudahan. Kegagalan bermakna kita telah mengalami kekalahan dan kepayahan.


Bercakap mengenai keberanian untuk gagal bermakna mempunyai keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, suatu perkara yang ramai tidak mahu lakukan kerana ia mempunyai potensi untuk gagal.

Sepanjang 20 tahun menempuh kehidupan sebagai seorang manusia, tidak banyak perkara yang saya telah lakukan. Tiada percubaan yang besar atau pelik. Mungkin ada perkara tanpa sedar yang dilakukan sebenarnya melambangkan “hidup berani untuk gagal”, tapi bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Berjalan menyelusuri sejarah hidup manusia, pasti banyak kisah kejayaan yang pernah dibaca, terselit kisah kegagalan mereka sebelum itu. Cukuplah sekadar menamakan Thomas Alva Edison (contoh yang cukup popular dalam menggambarkan “hidup berani untuk gagal”

Tuesday, February 23, 2010

UBI KAYU REBUS BACK AGAIN

Posted by Sang Pembelajar.. 11:00 AM, under | No comments


Dah lama saya tak makan Ubi kayu, seingat saya kali terakhir aku makan ubi kayu rebus adalah ketika aku berada di Sekolah Menengah.. bukan tak ada tempat nak cari benda tu tapi entah mungkin dah tiada peluang dan kesempatan nak makan..maklumlah sekarang ni mcm2 makanan ada yang lebih komersal..hemmm...

Kemarin aku mendapati seorang anak murid ku membawa bekal ubi kayu rebus ke sekolah, dia memasukkan ubi kayu rebs tu dalam kontena. hemm..dia selamba je letak atas meja time rehat tu. aku tersenyum seketika.. dan dia selamba makan depan saya yang belum keluar kelas..heheh... lepas tu saya teringat kenangan lalu yang aku juga pernah berbekalkan ubi kau rebus ketika sekolah rendah..huhu... lalu kau mendekati pelajar ku itu dan dengan tidak malunya aku minta izin untuk merasa ubi kayu rebusnya.. pelajar itu tersenyum dan mempelawa aku untuk mengambil seketul.. wahhh... sedap ooo... dia taru gula lagi tu.. hehe.. sambil kami makan, sambil kami bercerita tentang keluarganya.. dan hemm..tak payah la aku ceritakan hal peribadi orang kat sini...memang sedih la..tapi apa boleh buat... aku beri cadangan kepada dia.. dua kali seminggu dia bawakan ubi kayu rebus untuk aku dan aku akan bayar ubi rebusnya tu.. dapat juga dia wang sedikit unutk beli apa yang patut...

hemm.. apa pun, sebagai seorang pelajar apa lagi kalau datang dari keluarga yang susah.. kita perlu berusaha lebih tanpa putus asa untuk mengubah keadaan diri dan keluarga di masa depan. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian... kalau ada semangat dan usaha yang jujur pasti berjaya..

saya selalu menasihati pelajar ku dengan cara ini..kerana kau mahu mereka menjadi org yang berguna di masa depan.. dan mampu mengubah hidup mereka..

semoga Tuhan memberkati semua anak-anak murid ku...

Favorite Motivation

Followers

KO PULA NI :-)

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Featured Page