Hidup berani untuk gagal? Berapa ramaikah yang nak? Saya yakin, semua tidak mahu kegagalan. Dalam hidup, semua orang nak kejayaan, kesenangan dan kemudahan. Kegagalan bermakna kita telah mengalami kekalahan dan kepayahan.Bercakap mengenai keberanian untuk gagal bermakna mempunyai keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, suatu perkara yang ramai tidak mahu lakukan kerana ia mempunyai potensi untuk gagal.Sepanjang 20 tahun menempuh kehidupan sebagai seorang manusia, tidak banyak perkara yang saya telah lakukan. Tiada percubaan yang besar atau...