Click here for the best hotel deals - HotelsCombined.com

Wednesday, October 3, 2012

Membayar Dengan Jam Tangan

Posted by Sang Pembelajar.. 8:50 AM, under | No comments



Anda mungkin pernah melihat pembayaran kad kredit hanya dengan sentuhan seperti menyentuh kad Touch n Go di plaza tol. (Namun di Malaysia, kita masih banyak menggunakan kaedah ‘swap’ kredit kad di satu alat pembaca kredit kad).
Sebuah syarikat di Austria kini sudah melangkah satu lagi langkah ke hadapan dengan mencipta alat yang lebih canggih.
Anda tidak perlu lagi bawak kad kredit. Hanya masukkan cip dalam jam tangan dan menggunakan jam tangan ini untuk membayar dengan menyentuhkan di alat pembaca seperti Touch n Go yang saya beritahu tadi.
Produk baru ini diberi nama Watch2pay adalam dalam bahasa Melayu “Jam Untuk Membayar”. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk reload wang dalam cip ini.
Cuba anda bayangkan bagaimana kita ke kedai di masa hadapan dengan jam seperti ini ? Tak perlu lagi bawak dompet dan tak ada lagi kes kecurian dompet. Kalau jam ini dicuri, anda boleh matikan penggunaannya dengan hanya menelefon syarikat kad kredit anda. Kalau telefon dicuri, pinjam la telefon kawan…  :) 

0 comments:

Post a Comment

Favorite Motivation

Followers

KO PULA NI :-)

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Featured Page